Belajar bermekup untuk mata dan gincu bibir macam pro -Siri 1-

Rahsia teknik solekan artis superstar dunia akhirnya terungkai

foto artis barat yang terkenal dengan kecantikan
Oleh: SitiNoor
 Untuk ke Alih: bahasa asal

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN SOLEKAN MATA YANG BETUL-BETUL SEMPURNA

  Kadang kala mungkin pernah terdetik difikiran anda untuk bergaya atau berketerampilan seperti selebriti idaman anda samaada dari segi cara mereka berpakaian, tutur kata bahkan mungkin dari kebijaksanaan cara mereka bersolek. Kadang-kadang dengan hanya sedikit sentuhan yang berpengalaman dari jurusolek artis mampu menyerlahkan keanggunan dan kejelitaan selebriti tersebut. Kebanyakan jurusolek artis di negara luar bersaing untuk mendapat nama sekaligus memperolehi pendapatan yang lumayan hasil dari sentuhan 'keramat' mereka. Mereka yang sudah terkenal seperti Gucci Westman, Mario Dedivanovic, Pet McGrath, Mary Greenwell, Sir John, Sarah Tano, Violette, Mylah Morales, Vincent Oquendo dan ramai lagi. Namun apa yang anda perlu tahu, mereka ini semuanya bermula dengan hanya RAHSIA teknik solekan asas sehingga lama kelamaan mampu mencipta gaya sentuhan solekan mereka sendiri.

Diantara peralatan solekan asas yang perlu dimiliki 

cream foundation & liquid foundation
  1. Bedak Asas (foundation): Tak kira jenis krim atau cecair. Untuk memulakan proses solekan penggunaan bedak asa dikira perkara paling penting.
Jangan lupa bersihkan muka anda terlebih dahulu. Seeloknya gunakan 'span' untuk memakai bedak asas kerana lebih mudah mengawal pengunaannya.


foto eye liner bersama model
 2. Alat Garisan Mata (eye liner): Jenis pensil atau cecair. Jenis pensil sesuai untuk pengguna baru. Penggunaannya dapat menyerlahkan lagi bentuk mata anda tidak kira samaada malam atau siang.

  Mulakan membuat titik ditengah bulu mata anda dan bergerak perlahan-lahan kearah luar mata. Sambungkan titik-titik berkenaan untuk menampakkan penampilan yang smeulajadi "natural".

foto produk maskara bersama model
 3. Mascara: Mascara lah peralatan yang paling sesuai untuk memanjangkan bulu mata anda. Hanya dengan 2,3 kali sapu sudah cukup. Menjadikan bulu mata anda lebih gelap, tebal dan panjang. Ini diantara peralatan 'wajib' dalam proses solekan.




foto produk eye shadow  4. Pembayang Mata (eye shadow): Untuk memakainya dengan sempurna anda haruslah mempunyai 3 jenis berus:

 a) Berus Eye Shadow: Digunakan untuk menampakkan kesan pembayang mata secara nipis pada bahagian bulu mata.

  b) Berus Smudge: Ia digunakan untuk mencalit bedak asas pada bahagian yang agak gelap seperti bawah mata, tepi hidung dan bawah bibir

c)  Berus Bancuhan: Untuk menyapu sedikit kesan warna pada bahagian lipatan kelopak mata / untuk mengurangkan sedikit kesan warna pembayang mata anda.


foto produk gincu bibir bersama model 5. Gincu Bibir: Untuk memunggilkan bibir dan kegunaannya dapat mengubah keseluruhan penampilan hanya dengan sekali sapu. Warna sebenar semulajadi dan warna pop (pelbagai warna) adalah 2 jenis warna yang biasa dimiiki oleh setiap gadis di dalam dompetnya. Setengah pakar solek berpendapat untuk membuatkan bibir kelihatan sedikit 'basah', pemilihan warna yang sedikit gelap dari warna bibir asal amat sesuai digunakan.


  Kesemua peralatan di atas perlu dimiliki tidak kira peringkat, yang sudah dikenali mahupun yang baru ingin ceburi dalam dunia solekan. Bagi yang masih baru nak berjinak-jinak dalam dunia solekan dapatkan peralatan asas dahulu. Untuk kos permulaan saya cadangkan dalam purata RM50 sebagai modal peralatan set asas. (Untuk maklumat lanjut Sila ke Ruangan Cadangan Produk ). Untuk pengetahuan anda apa yang akan dikongsikan pada kali ini adalah langkah-langkah permulaan asas solekan sehingga ke tahap separuh mahir sekiranya anda berjaya menguasai kesemua teknik mahupun tips-tipsnya yang berkaitan. Apa yang penting mulakan dengan perlahan-lahan, jangan gopoh cuba faham satu persatu penerangan yang diberikan kemudian barulah cuba praktikkan pada diri anda sendiri dulu. 

  Anda boleh dapatkan 6 barangan asas solekan seperti Concealer, eye liner, eye shadow, lipstick, mascara, foundation (bedak asas) 6 dalam 1 dengan harga hanya rm50. Dapatkan maklumat 6 barangan tersebut pada Ruangan Cadangan Produk.

  Apa yang akan saya terangkan satu persatu di sini  bersertakan dengan bantuan gambar yang lengkap bagi mendapatkan pemahaman yang jelas buat anda. Harapan kami agar segala maklumat rahsia yang dikongsi bersama kali ini dapat memberi keseronokan pada sentuhan baru dalam gaya penampilan yang lebih berkeyakinan buat diri anda khasnya. Tanpa membuang masa mari kita sama-sama mengetahui isi kandungannya seterusnya, 

  Dalam menguruskan solekan pada bahagian mata, matlamat utama anda ialah untuk menyerlahkan lagi kecantikan pada bahagian mata (warna dan bentuk mata) khususnya dan bukan pada kawasan lain.

contoh gambar solekan bayang pada mata yang sempurna (eye shadow)
Diantara hasil campuran warna yang sempurna bagi 
penyudahan solekan bayang (eye shadow)
  Untuk mencapai hasil solekan mata sebenarnya terletak pada ketelitian dalam memilih warna yang sepadan dengan warna mata anda sepadan juga dengan warna kulit anda. Seterusnya belajar mengenai kemahiran kesan bayang (shadows). Hasil utama yang akan tercapai ialah supaya anda berjaya menggabungkan semua elemen warna kasar seperti kelabu dan coklat di kawasan yang betul pada bahagian mata anda. Lebih halus solekan bayang yang anda hasilkan, lebih semulajadi solekan yang akan terhasil.

Violette-estee lauder makeup artist
  "Violette" (jurumekap estee lauder) pernah berkata, "Hasil yang bijak akan tercapai kepada sesiapa sahaja dan untuk apa jua teknik solekan ialah dengan mendapatkan ramuan gabungan dan campuran warna yang tepat bagi solekan tersebut dan ianya pasti dapat dicapai dengan ilmu dan pengalaman"

  Ton warna yang cerah sebenarnya mampu memberi kesan yang menarik pada bentuk mata dan warna kulit seseorang. Contohnya bagi mereka yang memiliki warna kulit seperti orang asia dengan bentuk mata yang kecil amat sesuai di solekkan dengan warna-warna yang terang daripada warna-warna yang gelap seperti kelabu dan coklat terutama sekali untuk solekan pada waktu malam.

  Apabila sebaik sahaja anda berjaya menguasai teknik solekan dengan betul dan sudah tahu gabungan warna manakah yang sesuai untuk warna kulit cuba padankan dengan gaya dan warna pakaian yang anda pakai pula. Untuk peringatan, walau apapun cara solekannya yang penting biarlah ianya betul-betul sesuai dengan DIRI ANDA secara amnya. 

  Mungkin sudah bertahun lamanya anda mengamalkan solekan pada bahagian mata anda tanpa memikirkan lebih perinci mengenai bahagian-bahagian yang tertentu pada kawasan mata dan peralatan solekan yang sesuai pada kesemua bahagian tersebut. Sekarang tiba masanya untuk beri sedikit perhatian pada bahagian-bahagian tersebut. 


contoh solekan mata yang semulajadi dan menarik
Sentuhan solekan mata yang tepat mampu memberi kesan pada bahagian mata itu sendiri
dan bukan pada bahagian luar sekelilingnya.

kawasan solekan mata: 1: bawah kening, 2: lipatan kelopak mata, 3: kelopak mata
Kawasan Bulu Mata: Kawasan untuk aplikasi solekan mata: (1) Dibawah kening, untuk Pencerahan;(2) Kawasan lipatan; (3) Kelopak mata, untuk aplikasi bayang, (4,5) Hujung kelopak mata, untuk aplikasi garisan mata (eye liner) sesuai untuk penggunaan 'mascara' pada bahagian bulu mata. 
     Bingkai kelopak mata: Kedudukan tempat yang sesuai untuk penghasilan garisan pada mata (eye liner) akanmembantu mengubah rupa bentuk mata. Untuk membuatkan kawasan mata anda kelihatan lebih luas buatlah garisan mata pada bahagian hujung luar kelopak mata atas dan bawah. Jika kedudukan mata anda lebar, buatlah garisan mata pada bahagian hujung dalam kelopak mata atas dan bawah. Ia akan mewujudkan ilusi jarak yang rapat antara mata anda.
foto 1: hujung luar kelopak mata, foto 2: hujung dalam kelopak mata.
  a) Hujung luar kelopak mata atas dan bawah         b) Hujung dalam kelopak mata atas dan bawah
Kelopak mata: Penggunaan "eye shadow" mampu menyerlahkan warna mata seseorang.
Kawasan kening: Kawasan di bawah kening. Disinilah sesuai untuk menggunakan bahan pencerahan (highlighter) bagi melengkapkan lagi penggunaan "eye shadow".
Kawasan pada lipatan mata: Di sinilah tempat untuk anda membuat 'kesan bayangan' kedua memberi kesan yang lebih dramatik pada waktu malam khususnya melainkan sekiranya jika jarak diantara kening dan  hujung kelopak mata anda luas tidak perlulah untuk buat kesan bayangan pada bahagiaqn lipatan mata.

MEMPERSIAPKAN KAWASAN MATA

  Apabila anda sudah bersedia untuk 'bermekap', perkara yang perlu anda pastikan ialah kebersihan pada keseluruhan bahagian kulit dan melembabkan bahagian kulit yang kering. Sekiranya anda merasa kering pada kulit sedangkan kulit anda adalah jenis yang berminyak, gunakan krim keseimbangan kulit dan bukannya krim pelembab. Sapu krim mata secara perlahan-lahan di sekeliling mata dengan menggunakan jari telunjuk dan sempurnakan lebihan krim dengan menggunakan tisu.

1. contoh solekan semulajadi,  2. contoh solekan dramatik

                1. Kesan solekan yang semulajadi         2. Kesan solekan yang garang/dramatik
                                  (sesuai pada siang hari)                       (sesuai pada malam hari)                        

APLIKASI SOLEKEN MATA

  Sebaik sahaja anda sudah kenal pasti bahagian kawasan mata yang sepatutnya sesuai untuk di padankan dengan solekan penghasilannya sudah pasti akan menjadi lebih mudah untuk bertukar dari hasil yang biasa-biasa kepada hasil solekan yang lebih dramatik dan hebat melalui penggunaan alat pembayang (shadow pencils) dan bahan pencerahan (highlighter cream) pada sekeliling mata. Kesan penampakan solekan semulajadi (natural) amat sesuai pada waktu siang hari manakala kesan yang lebih 'garang' sesuai digayakan pada malam hari. Nanti akan diterangkan secara terperinci 3 jenis hasil solekan yang mana setiap satunya menampilkan kesan yang berbeza mengikut teknik asas solekan secara satu persatu.

  TEKNIK YANG PALING ASAS UNTUK BERSOLEK  

  'Wajib' bagi semua yang ingin memulakan satu solekan ialah dengan penggunaan krim asas (foundation cream) disekeliling mata. Krim asas ini berfungsi untuk beberapa tujuan. Yang pertama lakukan lapisan asas untuk kesan bayang pada mata (eye shadow). Ini bertujuan dapat mengekalkan kesan bayang yang cantik dalam tempoh yang lama. Kedua, ianya dapat mengurangkan kesan lebam atau kusam di bawah mata. Kawasan bawah matalah diantara kawasan yang paling gelap pada struktur keseluruhan wajah kita kerana disitulah tempat berkumpulnya semua saluran urat darah. Ada diantara kita nampak lebam dan gelap di bawah mata dari individu yang lain. 

  Krim asas inilah yang akan melindungi bahagian tersebut. Cuma kebanyakan mereka cuba menyembunyikan kesan bahagian yang gelap dengan menggunakan warna putih atau sedikit pucat yang mana sebenarnya ia tidak sesuai kerana kesan gelap itu akan jelas kelihatan pada cahaya dan suasana yang terang. Kaedah yang tepat ialah dengan hanya menggunakan warna sama jenis dengan warna kulit anda atau sedikit gelap dari itu. Terutama sekali bagi mereka yang agak jelas kelihatan gelap di kawasan bawah mata mereka pastikan mereka memilih warna 'beige' dan bukannya ton yang berwarna pucat. 

  Sapukan bedak asas (foundation) secara perlahan-lahan di sekitar rungan diantara kelopak mata di bawah kening dan kawasan di bawah mata. Pastikan penggunaan bahan asas (base foundation) yang digunakan adalah yang berasaskan krim bukan dari jenis cecair asas. Krim asas adalah lapisan yang pertama sekali dalam urutan semua jenis proses solekan mata. Ia berfungsi untuk mensekatakan ton warna kulit pada bahagian mata anda. Tanpa lapisan asas terlebih dahulu seseorang berkemungkinan kelihatan seperti beruang panda lebih-lebih lagi pada yang mengenakan bahan makeup pada kulit wajah. Krim asas juga berfungsi untuk mengekalkan sentuhan garisan bayangan mata (eye shadow) dari jatuh atau rosak. Secara tak langsung dengan bantuan lapisan asas ini apa jua jenis warna bagi penghasilan garisan bayang mata (eye shadow) akan lebih menyerah dan lebih tahan lama.

  Seperti yang dijanjikan, di sini akan saya kongsikan 3 tips ramuan rahsia solekan yang boleh anda cuba sekira ianya sesuai dengan bentuk mata dan warna kulit anda. Kepada sesiapa yang sudahpun memiliki peralatan asas untuk bersolek seperti yang di nyatakan di atas, bolehlah anda terus mencuba tips ramuan solekan di bawah. Semoga berhasil!!!

   Tips Ramuan Solekan 1:

Jenis ramuan ini akan menghasilkan kesan solekan yang simple,'natural' atau agak halus yang mana ianya hanya melibatkan penggunaan Krim Asas dan Mascara sahaja. Inilah teknik yang semua orang perlukan kerana ianya amat sesuai di gayakan pada waktu siang hari.

  -  Mula-mula hasilkan satu lapisan asas ke seluruh permukaan mata bagi menutup kesan penampakan urat pada permukaan kelopak mata dan kesan gelap pada permukaan bawah mata. Tapi sebelum anda membeli mana-mana produk mascara pastikan anda mengetahui jenis atau bentuk berusnya terlebih dahulu. Bentuk permukaan berusnya haruslah memanjang dan warna cecair isinya haruslah berkilat dan baik supaya proses pemakaiannya sempurna dan sekata.  

  - Mascara berwarna hitam adalah pilihan yang tepat bagi semua solekan mata. Ia akan menampakkan bulu mata anda lebih lebat dan panjang. Warna biru (Navy Blue) akan memberi kesan yang lebih lembut dan memberi kesan yang sekata sekiranya dipadankan dengan Navy Blue Shadow. Penggunaan 'Pembayang Mata' (Shadow Form) amat sesuai Pada kebiasaannya bagi memberi kesan warna pada sekitar kawasan mata anda dan bukannya dengan penggunaan mascara yang berwarna. Warna coklat gelap dikira warna yang sesuai pada seseorang yang mempunyai bulu mata yang lebat. 

foto 1-10 menerangkangkan contoh solekan asas serta panduan
Proses solekan asas "foundation + mascara"  (Tips1)


kawasan yang bertanda bulat adalah kawasan untuk proses sapu foundation
  1. Kawasan bertanda bulatan merah adalah sasaran untuk anda menyapu bedak asas dengan menggunakan berus yang sesuai. Antaranya dahi, pipi kanan dan kiri, dagu, hidung.









model menunjukkan cara menyapu foundation pada pipi kanan

  2. Mulakan pada pipi kanan. Berus ke depan dan ke belakang berulang kali sehingga mendapat sapuan asas yang rata.






  

model menunjukkan cara menyapu foundation pada pipi kiri


  3.  Kemudian ke pipi kiri. Berus seperti biasa sehingga mendapat sapuan asas yang rata.







model menunjukkan cara menyapu foundation pada bahagian bibie atas dan bawah

  4. Pada garisan yang bertanda merah, ratakan pada bahagian atas dn bawah bibir pula. Halakan berus ke kiri dan kanan untuk mendapatkan sapuan yang rata.








model menunjukkan cara menyapu foundation pada bahagian dahi

  5. Seterusnya pada garisan merah yang bertanda, ratakan pada bahagian sepenuhnya dahi dengan pergerakan berus ke kiri dan ke kanan.
model menunjukkan cara mencalit concealer pada bahagian yang bergaris merah
 
  








  6. Calitkan 'Concealer' (krim pencerahan) pada bahagian ton warna kulit yang agak gelap pada permukaan wajah anda seperti yang ditunjukkan pada garisan merah di gambarajah ini.









model menunjukkan cara meratakan concealer pada wajah

  7. Ratakan 'concealer' yang di calit tadi dengan menggunakan berus sapuan asas tadi. Ratakannya dengan kemas seperti gambaran yang ditunjukkan pada garisan merah tersebut.






2 gambaran hasil sebelum dan selepas proses solekan asas

  8. Anda akan dapat melihat hasilnya sekiranya proses yang dilakukan dengan betul.








model menunjukkan cara menggunakan maskara


  9. Pemakaian maskara pada bulu mata atas dan bawah dengan berhati-hati. Lakukannya dengan 2 atau 3 kali lapisan untuk mendapat kemasan yang memuaskan.







foto model sudah selesai proses solekan asas



  10. Proses solekan untuk tips 1 sudah selesai. Hasilnya amat 'natural' dan sesuai di pakai oleh sesiapa sahaja. Ia akan memberi satu penampilan yang menyakinkan anda untuk berhadapan dengan sesiapa saja.






   -  Pakai mascara terlebih dahulu sebelum yang lain kerana semua makeup artis akan lakukan perkara yang sama. Ianya bagi membantu untuk anda lihat dengan lebih jelas akan bentuk keseluruhan mata anda dan ianya akan memberi gambaran yang penuh sebelum anda untuk memulakan penggunaan alat pembayang mata (eye shadow) dan alat garisan (eye liner) pada peringkat seterusnya setelah peringkat penggunaan mascara selesai. 
 
    -  Bilamana hendak memulai memakai maskara, anda hendaklah menyikat rambut anda kebelakang dengan rapi terlebih dahulu. Pada bahagian bulu mata atas, penggunaan berus adalah berlainan sedikit dari bahagian bulu mata bawah. Teknik memakai maskara pada bahagian atas bulu mata anda adalah meletakkan berus di awal bulu seterusnya pusingkan secara perlahan-lahan keatas sehingga mengenai hujung bulu mata anda. Biarkan ia kering untuk lapisan pertama. Kemudian lakukannya sekali lagi untuk lapisan kedua. Bila bentuk bulu mata sudah agak melentik, berus sekaligus dengan cepat dan biarkan ia kering.

  -  Teknik memakai maskara pada bahagian bawah bulu mata anda adalah dengan mulakan sapu dari dalam hingga ke hujung bulu mata anda. Lakukannya sebanyak 3 kali. Sekiranya ada bulu mata yang kelihatan comot atau melekat diantara satu sama lain maka berhati-hati memisahkannya dengan menggunakan tweezers atau browbrush. Jaga-jaga jangan sampai tercucuk mata.

  -  Pengepit bulu mata digunakan hanya kepada sesiapa yang memiliki bulu mata tumbuh arah kebawah. Walaubagaimanapun alat ini tidak berapa disyorkan kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan pada bulu mata.


model menunjukkan cara menggunakan maskara

Bagaimana untuk menggunakan maskara: Mulakan dari akar bulu mata hingga kehujungnya dengan memusingkan berus kearah atas atau keluar muka

  Tips Ramuan Solekan 2:

   Sambungan dari tips di atas, apabila selesai mengenakan lapisan asas berserta dengan kemasan maskara, langkah seterusnya untuk nampak lebih sedikit ranggi atau garang teknik penggunaan pembayang mata (eye shadow) diperlukan. Walaubagaimanapun hasil yang lembut dan halus masih akan anda perolehi dan ianya terletak pada pemilihan warna yang anda pilih. Apa yang perlu anda awasi samaada dari segi penggunaan eye shadow atau eye highlighting, semakin gelap pemilihan warna untuk eye shadow atau semakin cerah pemilihan warna bagi highlighting semakin emphasis mata anda akan kelihatan. Perlu diingat, semakin gelap pemilihan warna untuk eye shadow, semakin tinggi kemahiran diperlukan untuk proses adunan warna tersebut. Apapun sekadar untuk peringatan, tujuan asal anda bersolek mata ini ialah untuk menyerlahkan kecantikan mata anda dan bukannya pada kesan bayangan (eye shadow). Walaubagaimanapun sekiranya anda memilih untuk mencuba kesan bayang (eye shadow), eye highlight juga perlu ada bersama.


   Saya rasa cukup dulu untuk seisi pembelajaran pada kali ini. Tips ramuan solekan kedua ini akan disambung pada 'Belajar bermekup untuk mata dan gincu bibir macam pro -Siri 2-' dimana sudah pasti lebih banyak lagi tips dan teknik yang akan diceritakan. Untuk itu harapan saya dan rakan-rakan agar segala maklumat ini dapat memberi manfaat dan kesan yang baik untuk anda di masa hadapan. Sebarang soalan atau cadangan dari anda amatlah amatlah berguna untuk pembangunan blog ini pada masa akan datang. 'Terima Kasih' semua.

  







      









    


      

   

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Belajar bermekup untuk mata dan gincu bibir macam pro -Siri 1-"

Catat Ulasan